Tuesday, August 30, 2005

Erti Merdeka

Tanahair kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 48 esok. Sudah menjadi kebiasaan dimana acara-acara yang berupa kekeluargaan seperti acara pembarisan dan perarakan secara besar-besaran akan berlangsung dari pagi untuk menonjolkan semangat patriotisme antara semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, warna dan bangsa.

Tetapi sejauh mana sebenarnya semangat patriotisme ini wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya pemuda-pemudi zaman kini? Benarkah semangat cinta kepada raja, agama, bangsa dan negara seperti mana yang kita impikan wujud? Menghadiri acara pembarisan atau sekadar melekatkan berpuluh-puluh batang helai keping jalur gemilang di atas kenderaan atau pun menghadiri aktiviti-aktiviti kempen khidmat negara bukan boleh melahirkan semangat cinta kepada tanahair. Ya, mungkin dari segi pandangan luar sahaja semangat patriotisme kelihatan berkobar-kobar.

Sebenarnya erti Merdeka jauh lebih mendalam. Tarikh 31 Ogos 1957 mungkin sukar untuk dihayati oleh golongan masyarakat Malaysia terutamanya anak-anak muda masa kini.

Jom mari kita sama-sama enjoy lagi Sudirman. Klic sini. Apa perasaan setelah menghayati lagu Sudirman yang belum lagi saya dengar di radio tahun ini?

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Just curious how you can get "ke-58"?

11:47 PM  
Blogger nonxtopic said...

ahh.. patriotic here and there..
but i dont think any person nowday would understand the hardship of gaining independence..
rock on...

3:08 AM  

Post a Comment

<< Home